salam ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ramadhan sudah masuk minggu kedua dah. Banyak mana amalan untuk setakat itu? Allahh.. Ingatkan lah aku yang sering alpa ni.
Berbeza sangat cuti kali ni sebab weekdays without mama. Mama balik hujung minggu je. subuh-subuh buta sorang2 keletung keletang kat dapur sangat lah tak seronokkk~ 
>.<

Untuk menjadikan cuti dan ramadhan ni lebih produktif, macam biasa la tiap2 cuti je menyibukkan diri di kedai jahit kak Ana. hee~ kalau tak kat rumah memangnya katil asyik memanggil. tapi itu laaaa..tak sempat nak mengemas sebab balik pun petang :( balik2 tu dah penat. nak prepare untuk berbuka pula. lately, aku selalu merungut... berita semasa tentang keadaan di Gaza sekarang buatkan aku sedar yang aku tak layak untuk merungut. so, bila nak merungut tu terbayang-bayang keadaan di sana daripada gambar2 & video kat facebook tuh betapa deritanya umat Islam di sana. Ya Allah, please forgive me for being ungrateful. :( 

lenanya tidur aku dengan tilam empuk,bantal yang gebu. Makanan berbuka,bersahur yang sedap,mewah. bahagia ceria riang gembira meneruskan tugas2 harian. dorang kat sana dengan letupan, berdarah-darah lagi.. hanya doa je yang mampu dikirim...
al-Fatihah buat para shuhada'

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka)-An nisa' ayat 45

*sungguh,tiada daya dan kekuatan melainkan engkau Ya Allah,tuhan sekalian alam.tewaskanlah musuh2 kami Ya Allah 

-this is not about religion.this is about humanity-


No comments:

October Rant

Assalamualaikum and good day How are you guys holding on so far? Whatever circumstances you are in right now, I hope that you guys will...