‎/həʊm/ = home

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

home at last. hiha ;D
Bertolak dari s.alam dalam pukul 9.30 pagi camtu ar, sampai rumah pukul 1 tgh/h
Pukul 12 singgah makan kfc kat pekan Tapah.

Entah nape ayah keluar dari highway mase dah sampai kat Sungkai tak silap aku..
Pastu, ikut jalan biase je.
Maybe sebab nak lalu depan UiTM kampus Tapah yang baru tu kot..
huhu
Nak bandingkan kampus tapah ngan lendu....
errr...lendu cantek lagi! heeee XD

Then, lalu kampung mama-sungai lampam.. kat area chenderong balai uh.
Maka, mama pun teringat lah agaknye zaman nakal2 dia dulu..
Yang kami tiga beradik ni teringat memori mase mandi kat tali air, main kat bendang(atau dikenali sebagai sawah) tengah tengah panas dengan disaluti lumpur di seluruh badan..
Pastu, tiba2 pulak teringat satu kejadian nih...
Mase tu kitorang tiga beradik tengah syok ar berendam macam badak air dah dalam
tali air uh.
Then, Zaim(adik bongsu) dia kate nak buang air besar so dia pegi jauh jauh dari kitorang.
Selepas dia dah habis membuang hajat, lalu dia pun join kitorang..
Berenang renang la konon berlumba lumba...
Pastu, kitorang perasan ade objek yang menyerupai tahi sedang terapung apung bahagia(err...ayat terlebih bombastik) di air yang keruh itu...
Ape lagi.... aku n dhil(adik tngah) menuding jari kat zaim la..
Zaim pulak boleh gelak2. haih. sabo je lah.
Yang aku pulak, memang potpetpotpet lah membebel.
Bila ingat balik,sweet jugak memori nih. eheee ;P

Sampai rumah pukul 1. penat yang amat.
Dengan sakit pinggang,pening lagi.haih.
Macam lah aku memandu kan...

Pastu, online kejap then menuju ke katil...
Nampak Mickey terbalik kat atas katil. Okeh. Pasni, aku tanak tinggalkan dia dah. huuu~~
Hug and kiss Mickey dulu,then sleeppp... ;3
okeh.rindukan tuan dia actually ;'(((((((((((((((((



p/s: kena habiskan kerja kerja mengemas bilik.efffttttt =,=

Comments

Fairuz Aqilah said…
HAHA..gelak aku yang part zaim tuh..hahah! :DDD
miradyana said…
haha.kan?part tu lah yg memang xleh lupe. XD