kalau ikutkan tarikh hari ni....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Tarikh hari ni mama aku balek dari umrah..
Weee!

Tak tau lah bile sampai..
Atau mama nak tido kat Shah Alam dulu ke...
Idak lah ku tau.

Harap2 mama cepat balek.
Tak leh ar takde mama.
Takde sape nak bagi pendapat especially dalam membuat keputusan.

Bila lah aku nak matured ni.. Adehhh!
Its really hard for me when it comes to decision making.
Everything I ask my mom.
See? Sangat tak matured..

Aku tak dapat bayangkan kalau aku tinggal sorang2 in a deserted island.
Entah boleh ke idop tak tau lah
=,=

Mama... Cepat2 lah sampai umah!


p/s: mama dah pegi Tanah suci bape kali dah.Aku ni bila lah lagi... Bukakanlah pintu hatiku Ya Allah,berilah aku peluang dan kesempatan Ya Allah...



surat cinta dah sampai!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Semasa sedang duduk lepak2 depan lappy kesayangan tengah hari semalam,
tiba tiba loceng rumah kedengaran ditekan oleh seseorang dari luar..
Menyangkakan rakan yang datang semula ingin memulangkan novel/komik takpun nak
pinjam lagi..

Berlari ke dapur lihat ke luar melalui tingkap, betul ke kawan ku tadi (dapur umah aku kat depan.ala2 inggeris gitu..hihihi(mak aku lah yg ckap) )
Rupa-rupanye bukan..
Abang posmen rupenye!

Dengan penuh debaran di dada aku berlari amik tudung sambil jerit kat abang posmen tuh dari dalam rumah : "sekejap!"

Pelbagai persoalan bermain di fikiran....
.
.
.

Bila dah keluar tu abang posmen tu pun tanya : 'Mirrah Diyana ada?'
Aku menjawab dengan penuh sopan santunnye(cewahhh!) : "ye saye"
Abang posmen : "ni ada surat dari PLKN"
Aku : 'Owhh..' (hanya ini yang mampu keluar dari mulut kerana terkejut tak terkata)
Semasa abang posmen tu menyerahkan surat aku, sempat jugak aku usha2 surat PLKN lain yang masih diikat kemas.
Tak ku tahu sape lah empunya surat2 tu..
Tak sempat usha lama2 akibat "keterujaan yang melampau".(melampau lah sangat!)

Lepas tu, abang posmen tu pun suruh tandatangan and tulis nombor IC pada kad ape tah..
Huhuu~
Tulisan yang sememangnye cakar ayam menjadi tulisan cakar dinosaur akibat terlalu "teruja".
Tangan pun mula lah mengidap parkinson tahap KRITIKAL!
Mujur saja tak masuk hospital.

Setelah segala urusan mengenai surat PLKN tu selesai kaki di hayun melangkah masuk rumah.
Surat tu letak tepi dulu kat atas sofa..
Habiskan dulu masa kat depan lappy kesayangan.
Lepas tu, baru lah bukak surat tu dengan penuh berhati hati tanpa mengoyakkan sedikitpun sampul surat itu (heh.yela tu)
Tak lama lepas tu Imah mesej, bertanyakan tentang surat PLKN.
Dia pun dah dapat..
Iyer lah.. Kami duduk satu taman jer..
Dapat pun tengah hari semalam jugak.

Dah bukak tu, letak balik.
Lepas memasak, solat pe sume baru lah membaca keseluruhan surat ituu..
Lihatlah betapa "semangat"nye aku nak pegi PLKN tu. Hohoho

Sambil membaca surat cinta PLKN tu tiba2 terdengar deruan enjin bas sekolah.
Adik2 ku sudah pulang...
Kakaknye ini pun ape lagi, terlompat-lompat memberitahu adik2 tentang surat cinta tersebut.
Sorang ambil buku panduan yang sedang aku pegang.
Yang bongsu pulak bertanya berapa lama PLKN tuh..
Kakaknye menjawab : dari 15 Mei-30 Julai
Adelah 2 bulan setengah kot...

Petang tu siap2 nak pegi kedai koperasi ngan Aimi.
Kami ngidam nak makan aiskrim.
Haha. Yana tak leh pegi..
Aimi bawak kereta.. Yeayy! hihi
Kebetulan keluar rumah je, ayah baru balik.
Bagi tau ayah, nak gi kedai ngan aimi.
Ayah kata : "oke"
Sempat lagi mase tuh, dengan keterujaan yang tak habis lagi memberitahu ayah
"ayah, surat PLKN akak dah sampai"
Ayah : "iye?"
Aku : "iye" then terus mengorak langkah masuk ke kereta Aimi.. hehe

Masuk2 je dalam kereta ape lagi..
Mulut aku pun mula lah berpot-pet pot pet cite kat kawan aku nih pasal surat PLKN tuh...
Aimi gelak2 sambil kata : "padan muka.. haha! "
Kawan ku Aimi ni pun dapat PLKN jugak.
Tapi dia kumpulan 3.
Lambat lagi lah dia...

Sampai2 kat kedai pulak bercerita kat Mun ( kwan aku jugak yg jaga kedai.huhu)
Sume orang yang aku jumpe aku citer... Kihkihkih..
Excited bebenor pun! haha
Balik rumah, makan aiskrim... Ngehngeh..
Untuk adik2 beli aiskrim murah je!
kahkahakah.. Bagus punye kakak! ;P

Hari ni pulak tangan laju menaip ceritakan perihal semalam..
Semangat ni weyhhh!! Haha

Honestly, memang tak minat pun PLKN.
Tapi yang tak minat ni lah yang dapat..
Punye lah berlambak lagi kawan2 sebaya kat luar sana yang nak pegi PLKN malangnya tak dapat...
Yang tak nak ni pulak dapat.. Kuikuikui..

Tapi.. Bila dah dapat surat semalam, dah baca surat tu...
Rasa cam best lah pulak! ;DD
Malam semalam online sempat tanya sepupu.
Dia dapat kumpulan pertama ri tu..
Nasib baik ada sepupu sebaya. Heee
Dia kata memang bes la..
Tudung yang pihak PLKN bagi tu pun selesa.
Alhamdulillahhh... Lega aku dengar.
Sepupu kata lagi memang seronok lah!
Boleh pegang senjata..
Hohohoho..
Tak dapat ku bayangkan macam mana rupe aku pegang rifle tu =.=

Okeh la. That's all!
I want to do my very best in whatever I do.

Bila difikirkan balik....
Mungkin ada hikmahnya kenapa aku dapat PLKN..
Ini lah kot cara untuk menguatkan semangat mental dan fizikal aku.
Kalau tak lembik je. Nak angkat benda berat pun tak larat.
Berlari?? Lagi lah! Harap badan je dalam kategori slim tapi kalo lari cam hampehh..
huhuhui


p/s: Nak upload gambar surat tuh, tapi tak boleh pulak! huh! >.<



kucing oh kucinggggggggg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribuspesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina


Kucing dan Islam


Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.


p/s: aku sememangnye penggemar kucing.. Tapi mama tak bagi bela sebab aku ada alahan sikit ngan kucing ni :'(
Pantang betul kalau tengok kucing mengiau mintak makan! cumel giler lah!!!especially misai kucing tuh.. cute! ;DDDD

sumber info dari Mr. Wiki ;)



"Contest Natural Beauty"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Thanks pada Yana and Mira Jamal kerana telah meng-tag aku join
contest ni.
Dah lame gak dorang tag. Baru hari ni aku rajin nak join. eheee

Okeh. This my pic. Tade make-up. Tak caye??? caye lahhhhh...

Nak join PERGI SINI okeyh..


aku nak tag mereka ini :




okeh. done.

Fuhhhh!!!! Interview dah abis!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Lega aku interview TESL dah abis! hoho
Dapat ke tak belakang kira..
Tapi, aku harap harap sangat sangat aku dapat! >.<

Aku abis awal gak la about 11:45 a.m
Sebab aku calon yang ke 8.
Siyez weyh,mcam2 rase ade!

Mula2 ujian bertulis.
Section A- comprehension
section B- essay
Lepas test baru lah individual interview..

Aku ada gak buat silap masa interview tuh. Adehhhh!
Ye lah.. First time..
English aku cam berterabur je.
Kalau menulis boleh lah fikir2 ayat yang bagus.
Ni nak bercakap..

Ade lah jugak aku practise..huhu
Tapi... Tah la!
Tak tau nak cakap ape!

Yang besnye dapat berkenalan dengan kawan2 baru...
Eehee!
Eyhh.. Not new boyfriend okeh... But new girlfriend :)
Dorang sporting btul!
Maklumlah,aku ni kan pemalu.. Cewah3..
Bila dorang sume peramah, aku pun jadi peramah. Hihi
Mulut aku ni, kalau dah stat bukak memang susah nak tutup dah...
Ade je benda aku nak cakap. Hihi

Okeh la. That's all for today.
I really really hope that I get this course!


p/s: aku nak relax puas2!sebab lpas dapat gi interview tu, hati aku tak tenang .. So, sekarang aku nak blogging puas2! hoho

I got it!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

I got the TESL interview!
Alhamdulillah.I am very very grateful for that.

But, the date is on......
Its on this saturday!!!!!!!!!!!!!!
It will take place at UiTM section 17, Shah Alam..
Now.... My hearts thumping heavily waiting for the day! T_T
Rasa nak tercabut jantung aku tawu!
Debaran nye lagi hebat berbanding fell in love for the first time.. Hohoho
My knees are loosen already. I can feel a few screws have tercabut =.=

Luckily my friend ask me weather I've check i got any interviews or not on tuesday, 2 days ago.
Thanks a lot Maisarah!
If you wouldn't ask me, I still dont know how to check it.

I haven't attend any interview before..
This is my first!
So, I'm a little blur...
I dont know what to do...
Everything that I do I cant concentrate because my mind is full of imagination how the interview would be conducted.
Can I answer all their questions?
What if I'm stuck?
OMG... All this thoughts circling in my mind.
It makes me feel..................... urgh

Aku kena study balek lah nampaknye!
hukhukhuk
Theres a written test. I'm affraid my grammer will be like craps =,=
Thanks to the internet, i'm able to search about this interview.
Especially for bloggers that write an entry about this interview.
I love you!!! Eheeee...

It makes me relief. Just for a second(sigh)..
And thanks also to my friend's ( Ismi Luqman) sister for giving me tips about this interview.
If not, I might be lost.

I think I've lost my skills in english since I'm not a school student anymore.
Mesti broken punye la english aku! >,<
Cewah, macam lah bagus sangat English aku masa sekolah dulu..
Can I cry now? For just a minute..


Yeah, I know its cute ;P

I want to do my best for this interview.
I will put all my effort to win the interviewers heart! ( cewahhh3...)
I know my interest in this language is not enough for me to pass the interview.
I have to be confident and full of spirit.

Wish me luck!
I'll do my best. I'll make sure I wont dissapoint my parents and my family..
Especially my mom.
Pray for my success :)

P/s: Aku kena prepare untuk hari anugerah kat sekolah petang ni. Guest how many presents or awards I'll get? I'm excited waiting for this evening event! I miss my school, my friends and my teachers a lot!!! kyaaaaaaaaaaa...!
And also, aku dapat PLKN kumpulan 2 kem Terkok, Sungai Siput. Camne kalau.. Kalau lah kan... Aku dapat course ni, mesti jugak ke aku pergi PLKN tu? Somebody please help me! >.<

Aku suka!!!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hey2.. Kau..
Ye.. Kau lah!
Aku suka kau!
Hohoho.


Aku tipu. =P
Jangan marah... Nanti cepat tua. Eheee..

Aku suka berBLOG!
Why?
It makes me feel happy.
Senyum sampai ke telinga gi tuuuuuu

p/s:This is not my teeth ukeyh. ini gigi miss google. hoho

Pastu kan, kalau blog walking bole tengok blog yang penuh ngan macam2 info, ade
yang memaparkan kisah suka duka, lagi kann..
Lagi ade blog yang cumel2, cute2 terutamanya blog adik2 yang masih bersekolah.
I likeeeeee! ;)


Melalui blog ni jugak kan, kita bole lah sedikit sebanyak kenal pelbagai sifat orang berdasarkan penulisan masing2..
Cewahh..! Macam lah aku boleh paham sangat sifat2 dan pelbagai ragam manusia nih
Diri sendiri pun tunggang terbalik..
Haish.

Okehla. Setakat ni saje bebelan aku buat masa ini.

p/s: ingat nak bercerita pasal pegi berjaya time square semalam. tapi, tangan ni malas pulak nak menaip.....

YaNa Yassin 1st Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


join GA lagi.
Harap2 bertuah la aku ni. Hihi

Tarikh tutup 30 April 2011

Kalo korang nak join PERGI SINI

I wanna tag :



Okeh. done!

~ izzlorna.com 1st Special Giveaway :D ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Hei ho! hehe. Aku join lagi Giveaway..
Hadiahnya menarikkkkkk!
Mane ade hadiah yang tak menarik ye tak?
Benda free memang lah menarik. Hihihi

Nak join PERGI SINI

Penyertaan bermula 10 Apr 2011 – 30 Mei 2011

Aku nak tag mereka ni :




Lollicraft :: I Heart Handmade Giveaway


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Join Giveaway lagi.. eheee!
Saje nak cuba nasib. Mane tau kot2 bertuah ke. Aminnnnn..... =)


Kalau korang nak join PERGI SINI

Cepat cepat! Sebelum tarikh tutup

22 APRIL 2011, 11:59 PM


Seharian hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pelik pulak tajuk tu.
Never mind lah. Asalkan ada tajuk.

Pak Cik Mat aku ada hal lah hari ni.
Tengah malam karang baru dia balek.
So, aku and Ocik aku pegi lepak2 kat Sunway Piramid.
Heee

Kononnya lah kan kami nak window2 je..
Kononnye laaaa...

(unta ni memang sama sekali takde kena mengena.tapi ensem jugak.hehe)

Pastu, Ocik aku cari seluar jeans.
Tapi takde yang sesuai.
Ocik aku dah kering sangat sekarang ni. Tu yang susah nak cari saiz..
T-shirt, ade lah saiz dia.

Aku pulakkkk.....
Dapat lah sehelai seluar slack hitam and t-shirt.
Weeeee!
Tak rancang pun nak beli pape, tapi dah ade orang nak belanja kannn..
I grab je lah! Hihihi
Rezeki jangan ditolak beb.. ;)

Lepas lunch, jalan jalan lagi sekejap then balek.
Kaki aku dah rasa macam nak tercabut!
Tapi best! ;DDDD


Aku kalau bab2 jalan jalan ke mana2 laju je.
Aku tak suka sangat kalau dok terperap dalam rumah je.
Balek2, ngadap dinding yang same..
Ish.. Bosan.. Bosan..
Kan kan kan??

Balik tu memang penat la..
Dah penat ape lagi.. Tido lah!
Solat? Ehem2.perempuan ade excuse okeyh.laki yang takde pape alasan.
=)



Pukul 5.30 petang aku ngan ocik pegi kedai Jakel.
Aku temankan je. Ocik yang nak beli kain.
Makan malam pulak, beli nasi ayam Ayamas..
Sedapppp hingga menjilat jari kaki! kih3. Joking.
Takde lah sampai camtu.

Esok nak gi jalan jalan lagi. Heeee
SUKE, SUKE, SUKE! ;DDD

p/s: esok mama nak datang sini sebab rabu ni mama bertolak ke Madinah, gi umrah.hurmm.. Mama dah 4 kali pegi. Aku bila lagi.. teringin jugak! >.<


CONTEST : Anda dan Kertas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

First contest yang aku join actually.. Heee.
Penganjur contest ialah mr. copie.

Syarat2 Penyertaan,
1. mestilah warganegara Malaysia dan Blogspot.com ( sudah)
2. mesti follow ini blog dan blog follower yang ke 111 (opie) aku. MESTI TAHU ! ( sudah)
3. gambar yang anda ambil, mestilah muka anda sendiri, tak perlu model cantik2 (sbp rupa paras tak diambil kirapun dalam pemarkahan. ( Itu memang muka aku pun.hoho)
4. kertas tersebut kalau bergambar, tidak boleh diPRINT mahupun photostat(karya mesti asli). (sememangnya asli! )
5. buat satu entry baru dengan tajuk 'CONTEST : Saya dan Kertas ♥' di blog anda. ( On the way lah ni.huhu)
6. tinggalkan link blog anda di bahagian comment blog ni. ( on the way jugak)
7. mesti bagitahu/tag rakan2 minima 3 orang. ( sudah )

tarikh tutup adalah 10 April 2011 !

Ini gambar yang aku pertandingkan.....



Nak story sikit pasal pic aku ni.Hihi. Jangan marahhh...
Gambar ni aku ambil betul2 selepas balik dari exam SPM kertas terakhir yang aku duduki
iaitu Prinsip Perakaunan.
Kerana terlalu happy dah habis SPM, jadi aku yang sangat berbakat 'melukis' ni pun lukis lah smiley di kertas tersebut dengan laungan MERDEKA. Eheee ;)
Asli okeyh!!

Sekarang aku mau tag 3 orang kengkawan blogger :




Join ramai2 ea.. satu kampung lagi bagus! hoho
Aku harap senior aku si mr. copie ni bagi lah aku menang.... kih3!
And.. Harap sume syarat2 aku menepati sebab aku kurang keyakinan tapi suke suke nak join ini contest jugak >.<

hari ini punya kisah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Hari ni appointment opah dengan doktor mata.
Pagi pagi buta tu kan, kene lah bangun.
Err..Tak de lah pagi sangat. Dekat pukul 6 jugak aku bangun.
Padahal wat alarm pukul 5.45 a.m. hoho
Pukul 6.30 a.m gerak.

Gila sesak betul jalan kat bandar ni
Aku tak faham nape orang bandar boleh tahan hari2 macam ni time nak pegi kerja.. =="
Sampai hospital, isi perut dulu. hee
Itu mesti. Sarapan tu penting oke.
Bagi sape yang tak sarapan, baik korang sarapan.
Korang nak jadi pandai tak????
Mesti lah kan.. So, mesti lah breakfast.
Memang ade kena mengena ngan perkembangan otak breakfast nih!
Alamak! Aku ceramah pasal pemakanan pulak.
hehe


Aku ngan opah makan2, pak cik mat pegi amek angka giliran.
Dah nak habis makan, mak long sampai...
Mak long dah sampai, pak cik mat pulak terus pegi ofis.
Mak anjang sampai lambat sikit.
Sebabnye, jalan jam..


Opah aku ni sound trouble. So, bercakap ngan dia kena cakap kuat2.
Dia pun cakap kuat. Huhu
Bila opah aku bercakap, mesti orang pandang..
Senyum je lahh.. Kalau rajin, aku cakap : "opah saya ni tak berapa dengar." =)

Mula2 doktor pakaikan kanta cermin mata tu kat opah.
Dia suruh opah baca huruf2 yang nampak kat skrin tu.
Ala, kalau sape2 yang pakai spek tu korang paham la kan camne dy test tengok huruf or nombor tu kan..

Dah abis tu, kena tunggu lagi. Doktor lain pulak nak check.
Opah aku dah tak sabar2 nak balik.
Adoii.. Aku? Bawak bersabar je la... Haha

Jumpa doktor yang kedua ni sebab nak bukak jahitan kat mata tu.. kat..
Aku tak ingat la, ape ke namanye yang bahagian putih mata kita ni?
Kornea ea?
Ha..ye la tu. Huhu
Almaklumlah, aku tak amik bio mase menengah atas.
I tak minat. Hihihi
Itu baru bukak jahitan pertama..
Doktor tu kata lagi dua minggu datang hospital lagi..

My grandma's next appointment is on 28th April.
Aku dah balek Perak time tu.
Tak pe lah.
Mak anjang kata dia boleh cuti lagi.
Mak long pun tak kerja.

So.... That's all for today.
=)




100

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bukak2 blog nampak : "aik, followers dah 100?"
Tersenyum aku... Hehe.
Alhamdulillah =)
Mungkin tak seberapa bagi orang lain, tp aku grateful sesangat!

Terima kasih dan tahniah kepada Misz Muffin yang jadi follower ke seratus aku.
Thanks sudi follow blog mira yang tak seberapa ni :)


Kepada sume follower yang lain jugak, thanks bebanyak yang teramatlah banyak terima kasih sampai tak terkira!
Korang sweetttttttttt sangat!!! ;)




"MAMACHIA 1st GIVE AWAY"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Ini 1st giveaway Mamachia. Saya pulak first time join giveaway camni.
=)

Sape yang nak join PERGI SINI.

Sekarang nak tag 2 orang kawan :

1. Yana


Okeh. Done. Harap tuah menyebelahi saya ^_^

Apa itu TESL?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ramai yang tanya aku : " Nak sambung belajar kat mana dan nak ambik course ape?"
Aku jawab : "TESL"
Then, ada jugak yang bertanya balik : " Apa tu?"


TESL or teaching English as a second language refers to teaching English to non native speakers of English and is usually offered in a region where English is the dominant language and natural English language immersion situations are apt to be plentiful. 
So, like in Malaysia we use English quite a lot. and because English is the Lingua Franca so learning and to be able to speak in English is imperative and at the same time Bahasa is not neglected. All official matters use Bahasa as the communication medium.  

So, aku minat nak amik course ni kat UiTM.Tapi yang ini Asasi; One year program. Just like matriculation then after you've completed you can pursue to Degree. When I explain it to most people they call it "Ohh..shortcut ke degree la ni". Orang kata asasi nih susah.Tak pe lah. Mane ade benda yang senang kan?Asalkan kita minat ^_^ Programme ini ada interview. Dah namanye pun english. Kena lah speaking english masa temu duga tu. Ish, ini yang wat aku seram nih. Tapi, pilihan sudah dibuat. Isi borang UPU pun dah, course ini yang FIRST sekali. So, I'll try my best! InsyaAllahhh...
Ade sape2 yang minat course ni tak? Jom amek course ni ^_^Ade tak kakak2 or abang2 yang amek course ni...?? Mai lah story sikit kat adik yang baru nak belajo niyhhhhhhh! ;)



Note that: Foundation(asasi) in other Uni's such as UM and UPM could further degree in the University but not for UiTM. After you've finished the one year programme then you need to apply for degree again. if you also apply to further in other universities such as UKM, UPM, Unisza, UMS and others there is possibility that you'll get the offer from those universities that you've applied.. and there is possibility that you'll get other courses that is not related to English such as Business, cullinary, etc.


p.s: this was posted on 2011. I am currently a final year student of Bachelor of Arts(English Language) in UPM Serdang and obviously not TESL(2015). feel free to ask anything. I'll try my best to answer and explain :)

Visit Lin O's : FAQ on Asasi TESL for extra info

further : Life after TESL Foundation


Lokasi aku sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Aku sekarang berada kat Shah Alam, Selangor.
Oke. Itu saje.

p/s: Jangan marah. Nanti cepat tua.

=)

selamat hari jadi kepada pak cik mat saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Hari ni April Fool. Takde kene mengena ngan life kite.
So, tak payah sambut. Oke? hehe.

Hari ni hari jadi pak cik aku iaitu adik ipar mama.
Dalam banyak2 pak cik yang aku ada, aku tau befday pak cik aku yang sorang ni je.
Sebab aku and adik2 paling rapat ngan pak cik mat..

Selamat hari jadi yang keeeeee dot dot kat pak cik mat.
Akak tak ingat lah umo p.c mat dah bape..
hehe
Takpe2. Yang penting kite ingat tarikhnye...
Kan,kan,kan??

Akak takde duit nak bagi hadiah mahal2..
Jadi.. akak bagi je lah ucapan and entry khas untuk pak cik mat..
hehe
Ikhlas ni... ;DD

October Rant

Assalamualaikum and good day How are you guys holding on so far? Whatever circumstances you are in right now, I hope that you guys will...