hari yang indah, alhamdulillah syukur kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini aku rasa seronok sangat!
;D

Pagi tadi join usrah kat rumah aimi.
Semua sekali ada 7 orang lah termasuk aku.

Mula2 masuk rumah Siti Aimi tu, segan la sebab tiba2 tengok dah ramai.
Aku terlewat sikit sebab sidai kain. Huhuhui
Yang paling best nye, aku dapat 2 orang lagi kawan baru ^^
Namenye Izzah. sorang lagi Aimi Liyana.
Dorang berdua pun duduk kat taman ni jugak..Huhu.
Baru aku tau..
Kengkawan yang join usrah ni lagi ialah : Khairunnisa, Syafikah and Farhana.

Pertama sekali semua kene perkenalkan diri..
Segan jugak aku time tu. hehe.
Tapi sume perempuan. Nak malu ape kan.

Surah al-Mulk jadi pilihan kami.
Mula2 sorang demi sorang bace 5 ayat.
Lepas tu, bace pulak terjemahan ayat2 tersebut..
Then, Nisa terangkan lagi tentang maksud ayat2 tu.
Dia jugak terangkan pada kitorang tentang kelebihan membaca surah al-Mulk.
Antara kelebihan2 surah ni :

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”


Pastu, kitorang berbincang tentang perubahan dari baik ke buruk

dan dari buruk ke baik.

Sebagai manusia, sememangnya kita ni takkan terlepas dari perubahan.

Yang penting, kita kena selalu mintak agar Allah sentiasa beri hidayah pada kita.

Sebab, hidayah yang diberi bila2 mase je Allah boleh tarik balik.

Alhamdulillah, banyak lah ilmu yang kitorang dapat tadi.

Ramai2 memang best. =D


Dalam pukul 9.30 pagi habislah usrah tadi.

Nisa balik awal.

Kami yang lain2 ni masih bermalas- malasan di rumah aimi.hehe.

Paling banyak dorang cite pasal camne dorang amik lesen.

Ada yang dah test JPJ semalam and lulus lesen P.

Aku yang tak amik lesen ni, suka dengar cite dorang tu.

Lawak ada, serius pun ada.. Haha

Memang happy lah tadi ^_^

And, lots of laughing also!

Semuanya memang otak gila2 lah! ;DD


I have a very fantastic day today.

I enjoy it very much. Syukur tak terkata. Alhamdulillah =)


Comments