Tuesday, March 8, 2011

hari ke 3 di rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Pukul 6.30 pagi, mama dah suruh aku kupas bawang, masak tom yam. Mama bagi arahan je. Aku masukkan bahan2. Sedap jugak tom yam yang aku masak ni... Haha. So perasan. tom yam tu jadi sedap sebab mama touch-up sikit.. Kalau mama tak touch-up, nauzubillah.. Rasenye tak taulah rase ape.. Huhuhui

Pukul 8 pagi tadi, main badminton dengan aimi, munirah and khairunnisa. Munirah aku dah jumpa masa pegi kedai semalam. Dia jaga kedai. Yana tak dapat datang. Imah, pun tak muncul2 so kitorang main berempat.. Cun2 je beregu.. ehee..

Tapi tak lama kami main sebab hujan. So, kami pun lepak lah dalam rumah aimi. Dia buat air oren. Sedap, cukup rasa. =)
Kucing dia sume nye kiut miut! :DD
gebu pulak tu. Geram aku. ^^

Balik tu, lapar lah pulak. Adeyhhh...
Ape lagi, melantak lah tom yam tu! Hoho.

p/s : kat rumah aku ade rabbit. Tak tau lah sape punye rabbit. Jinak yang amat. rabbit2 tu makan rumput kat rumah aku je. Sedap sangat kot rumput kat rumah aku ni. Hehe


No comments: