Alkisah hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Alkisah tersebut lah kisah hari ini....
Nice opening isn't it?
Hihi


Okeh. Pagi tadi, aku(mirrahdiyana) dan siti aimi pergi ke sekolah.
Sebabnya kitorang nak bagi kek pada cikgu2 sebagai tanda terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik kami..


(hiasan semata mata)

(sekadar hiasan juga)

Aku sampai dulu dari Aimi ( dia kat utp masa tu,nak amek kek).
Around 7.30 a.m something lah aku sampai sekolah.
Sebelum tu, amek kek dari kawan mama.
Lepas mama hantar aku and salam Pengetua, mama balek ke ofis.

Mama tempah kek coklat 4 biji. Pastu beli twister yg botol kecik2, comel2, cute2 tu..
Aimi pulak bagi kek butter.
Giler happy lah kitorang rase tengok cikgu2 seronok makan kek2 yg kami bawak tuh..
Borak macam2 topik dengan cikgu.
Setiap cikgu mesti tanya kami nak mintak universiti mana and course ape..
Lalu, dengan senang hatinye kami cerita.. Hehehe.
Tak lupe jugak ucapan terima kasih yang tak terhingga kat sume cikgu2 yang pernah mengajar kami dulu.
Besssssssssssssssssssss sangat borak ngan cikgu2. ;D
Nasihat2 cikgu tu, takkan saya lupe cikgu!
^__________^

Bagi kek kat cikgu ni, Aimi punya idea.
Aku... Follow jer! hoho
Geng yang lain, tak dapek pulok nak join.
Lagi pun, aku tengah ada time free. Lain lah kalau ade pape halangan yang menghalang aku dari keluar rumah..
Mama pun support!
Oh yeahhhh! Mama gua sememangnye sporting banget!! Ngeee

Pastu, pkul brape tah aku tak sure aku ngan Aimi jalan kaki ke kedai makan depan library awam tuuuu..
Kami lapar ler.. Pagi tadi makan biskut je. =(

sekali lagi : TERIMA KASIH CIKGU!!



Another fantastic day. Thank you Allah..






siapa punya surat nih?!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semenjak dua menjak ni surat2 yang tak berkaitan selalu sampai kat rumah aku..
Nama lain, alamat pun lain.
Hairan =="
Padahal, dah terang tang tang no lot rumah aku ade elok2 je kat atas mailbox tuh!




Bukan sekali dua, banyak kali dah..
Agaknya pak cik posmen tu dah pening kot cari alamat rumah tu tak jumpe2.
Akhirnya, peti surat rumah aku yang jadi pilihan hati.
Alamat kat surat tu pun lebih kurang je dengan alamat rumah aku.



Hari isnin lepas pulak dapat lagi surat orang lain.
Alamat rumah dah betul.
Memang alamat rumah aku. Sebijik!
tapi, nama pulak tak berkaitan dengan ahli dalam rumah aku ni..
Pelik bin Ajaib betui lerrr...

Semalam, lagi sekali dapat surat orang lain.
Sape punya tah.
Nama pun tak kenal.
Nak cari no lot rumah tu malas lah aku =,=


p/s: Aku pulak dapat beberapa 'surat cinta' dari kolej/ universiti swasta sejak abis spm nih.Kawan2 aku pun kata dorang dapat jugak.Sumenya IPT swasta. 'Surat cinta' PLKN tak dpat2 lagi. Hadoihaiiiiiii!


pecah kaca, pecah gelas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Semalam kan...
Alaaaa..
Semalam la kannnn..
Kannnnn.......
Aku terpecahkan gelas T_T

Gelas sunquick tuh la..
Yang kaler oren oren gi tu.

Mama balek kerja tu, aku bagi tau la:

Aku: err.. Ma, gelas sunquick tu pecah. Akak tertepis. ( tak sengaja! ) >.<

Mama: emm.. tak pe la. biar lah. dulu 2 mangkuk mama kamu dah pecahkan.

Aku: diam ( dalam kepala kira berapa barang yang terpecah di sebabkan aku)

T_T

Seingat aku lah kan..
2 mug fevret ayah aku pecah. Aku buat.
2 mangkuk corelle mama pecah. Aku buat.
3 gelas pecah. Aku jugak yang buat..
Errrr..... Kira lah! Tak sanggup aku nak kira! >.<
Itu yang aku ingat. Yang aku tak ingat entah berapa tah.
Jumlah sebenar mau lebih sepuluh kot..
Tu lah kau Mirrah!
Suka sangat berangan. Padan muka!

p/s: kalau aku ade suami nanti, bankrap lah dia gamaknyee sebab aku nih 'pakar' dalam memecahkan barang.. Huhuhuhu

hitam itu cantik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Aku bukan nak cakap pasal warna lah hari ni..
Tapi, ade lah kaitan sikit.

Nak cakap pasal warna rambut. ^_^
Rambut korang warna ape?
Hitam??
Bagus,bagus..
Anda normal. =P

Ye la. Betul lah kan?
Kita orang asia. So, rambut kita warna hitam.
Kalau yang berdarah kacukan tu, mungkin tak hitam mane.
Ade lah blonde2 sikit.
Yang rambut blonde asli tu, tak pe.
Cantik. Yup. Coz that's your true hair colour..

Tapi, yang tak cantiknya ialah rambut yang warnanya tak asli nih.
It should be black tapi diwarnakan...
Aku pun tak paham trend budak2 sekarang. =="
Especially yang Islam.

Kalau warnakan rambut tu guna inai ke, tak pelah.
Ni tak, guna pewarna yang kat pasaran tu..
Sah ke solat kalau guna pewarna rambut tu weyh??
Suci ke pewarna rambut tu?
Hmm..

Ade jugak yang kata ianye halal.
Betul ke?
Tah la.. Mungkin bahannya halal, tapi cara prosesnye pulak camne..
Kot2 alat yang digunakan untuk proses pewarna rambut tu tak halal ke..
Mana kita tau kan...

Sampai sekarang, aku still tak caya pada pewarna rambut yang HALAL..
Kecuali lah kalau inai tu.

And, aku terjumpa artikel pasal pewarna rambut ni :

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


Lebih lanjut klik sini


Kesimpulannya : hitam itu cantik dan sesuai untuk warna rambut orang asia macam kita... =)


Tata alls! ^_^

77 already

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

I only know my 77th follower's name only..
There's not any link..
How can I shout in your page??
Hurmm
Never mind..
Thank you my 77th follower!
Her name is Athirah Aqilah.


waiting for seventy seven not seven eleven

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

I love number 7! ^^
Ape kaitannye ?

Hurmmm..
I'm waiting for my SEVENTY SEVENTH follower!
77 ( ade dua tujuh ni. tu yg special)
Heee..

Saje lah nak tau sapekah gerangannye yang dapat jadi follower ke 77..
Tak kesah la sape pun, tapi aku nak tau gak >.<


Bukan ini tau

=P

Tapi ini



Agak- agak sape ea???


enchanted ^-^





p/s: all i knew is i was enchanted to meet you ;)

Ni lah result aku.... ^^ (great 23.3.2011)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ai bloggersss!! ;DD
Hari ni aku rase seronok sangat!
Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dah menghadiahkan kurniaan yang tak terhingga!
Result aku ialahhhhhh : 7ketul A. 2ketul B. lol.


Ni je lah yang berjaya aku rangkul.. Aku dari sekolah harian biasa saje. Ini je lah yang aku mampu =)
Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah.. Aku paling tak sangka lah Akaun aku boleh dapat A!!
Dalam kepala aku ni, dah terbayang bayang Akaun aku dapat C.. Huuuu~~~

Tapi takde straight A skolah aku tahun ni.. Peratus lulus memang meningkat! Tahun ni peratus lulus ialah 99.4%
Paling tinggi 8A = Atiqah Suriani from 5 kemanusiaan gemilang satu. Congrats Tiqah! ^^

Tahniah pada sume kawan2 yang dapat result gempak !!
Antaranya : aimi, fairuz, amalina, maizura, mira rahim, hajar, zul, ksatriya, iziani, rosdi, azizul adry, najwa and rosdi.. Err.. ade ke yang aku tertinggal.. Huhu..

Sebab tadi memang nervous gile lah naik pentas!!!! >.<
Jantung aku jangan cakap lah.. Macam nak tercabut!
Mama cuti sebab nak temankan aku amek result..
Mama pun kene naik pentas.. ^^
Then, kami ade sesi bergambar untuk pelajar cemerlang SPM.

Kecewa jugak bila tengok English aku A.. Coz I target A+... Aku minat lah ngan subjek ni.
Minat saaaaangat..

Tapi tak pe lah.. Aku redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T.
Yang baik itu adalah dariNya. Aku percaya ^^

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada cikgu2 sume!!
Cikgu2 yang terrrrrrrbaiklah!! Terima kasih cikgu sebab tak jemu ajar kami sume..
Pada mama and ayah yang sentiasa mendoakan aku..
Thanks jugak pada family yg selalu support and doakan aku..
Terima kasih tak terhingga aku ucapkan.

And to all my friends.. Thank you very very much! Especially my best friends yang aku dah kenal dari sekolah rendah lagi! korang the best weyhhhh!!! Aku saaaaaayang korang sume!! <3 div="">

Bagi kawan2 yang kurang nasib baik, jangan putus asa tau... Jauh lagi perjalanan kite nih!
SPM ni permulaan langkah kite ke Universiti.. Kat U nnti baru lah betul2 penentu masa depan kite..
Ape kerja kita. Itu yang penting. Masa tu, orang tak tanye dah SPM kau bape..

Duit bukan segalanya tapi, ia satu keperluan. =)

Thank you Allah...

p/s: aku jumpa Maryam masa pegi kedai petang tadi. Dah 2 tahun kami tak jumpa!! Rindu jangan cakap lahhh.. Aku rase sebak gile lah tadii.... Walau sekejap je. I appreciate it!
Thanks a lot Ya Allah. Syukran!

+ I have a very fantastic day today+

+ I love it+

+I will never ever forget it+

+ The best thing that's ever been mine ;) +

sejarah coklat ^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Adehh. gelabah ni result nak keluar.
Rase nak makan coklat pulak ;)

Perghh.. terliur aku!

jom siasat sejarah coklat nih...

Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Koko sangat penting dalam kebudayaan Meso-Amerika pada zaman dahulu, iaitu bagi suku Maya, Toltec, dan Aztec. Mereka memanfaatkan biji koko sebagai matawang di semua wilayah itu. Suku Maya dari Guatemala utara mengambil istilah koko dari bangsa Olmec. Dianggarkan amalan meminum coklat dalam suku Maya bermula sekitar tahun 450 SM - 500 SM. Kononnya, penggunaan coklat dianggap sebagai simbol status penting pada masa itu. Suku Maya mengambil coklat dalam bentuk cairan berbuih yang ditabur lada merah, vanila, atau rempah-rempah lain.

Ketika tamadun Maya runtuh (sekitar tahun 900) dan digantikan oleh bangsa Toltec, biji koko menjadi komoditi utama Meso-Amerika. Pada masa Kerajaan Aztec berkuasa (hingga sekitar tahun 1500 SM) daerah yang meliputi Bandar Mexico kini dikenali sebagai daerah Meso-Amerika yang paling kaya dengan biji koko. Bagi suku Aztec, biji koko merupakan “makanan para dewa” (theobroma, dalam bahasa Yunani).


Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman penyegar yang digemari di istana Sepanyol. Sepanjang abad itu, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah, kemudian melalui proses yang adil yang menjadikan harganya menjadi murah, dan pada akhir abad itu menjadi minuman yang dinikmati oleh kelas pertengahan seperti pedagang. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.

Semua coklat Eropah diambil sebagai minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah membuang hampir semua rempah-rempah asal yang ditambahkan oleh orang Meso-Amerika, tetapi mengekalkan vanila. Mereka juga menggantikan dengan banyak ramuan lain untuk menyesuaikan coklat dengan selera mereka sendiri. Bermula dari resepi khusus yang memerlukan ambergris, zat warna keunguan berlilin yang di ambil dari usus ikan paus, hingga bahan lebih umum seperti kayu manis atau cengkih. Namun, yang paling sering ditambahkan adalah gula. Sebenarnya, coklat Meso-Amerika kelihatan tidak dibuat manis.

Coklat Eropah pada awalnya disediakan dengan cara yang sama dengan yang digunakan suku Maya dan Aztec. Malah hingga kini, kaedah yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan, tetapi dalam mesin industri. Biji koko masih diperamkan, dikeringkan, dipanggang, dan digiling. Namun, beberapa teknik lebih rumit turut ditambah. Serbuk coklat diemulsikan dengan kalium atau natrium karbonat agar lebih mudah bercampur dengan air (dutched, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dengan membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dalam bekas khusus (conched), atau dicampur dengan susu sehingga menjadi coklat susu.

SUMBER: WIKIPEDIA


p/s: aku paling suka coklat bar yang ade almond. ;))



Antara minggu minggu terakhir persekolahan ;)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Miss my school uniform yang sekarang ni berada dalam almari.
Eheee =PP
Sempatlah jugk mngada-ngada berposing dengan uniform ni =)






p/s: result SPM is on this 23.( tak tau lah kalau ade prubahan tarikh.) pelbagai pnyakit datang mase2 result dah nak kuar ni. adehhhhh! >.<

Google Translate memudahkan chatting di alam maya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Tau ke ape kemende nye Google Translate tu? Haishh.. Takkan tak tau ye tak??
Macam2 bahasa kita boleh translate menggunakan google translate nih.
Ade pen-translate bahasa yang lain selain google translate ni ke? Tak pulak aku tahu..
Maklumlahh, tak berapa celik IT la kate kan... ngeee.

Ada penterjemah bahasa ni memudahkan aktiviti chatting sesuatu bangsa dengan bangsa lain yang berlainan bahasa.
Nak translate bahasa melayu ke bahasa jerman? ataupun ke bahasa hindi? takpun korea.. Boleh saje.. Macam2 bahasa boleh di translate kan...
Orang korea yang tak tau bahasa jerman pun boleh tau bahasa tersebut...
hehe

Magik kan. Tiba2 je boleh jadi pandai macam2 bahasa.
Tapiii... Setakat chatting / IM / e-mail boleh la.. Cuba kalau pronounce bahasa tu. Hah! Mau tergeliat lidah! haha. ;P
English boleh la kot sebab dah biasa dengar dalam crita2 'omputih' di kaca televisyen mahupun wayang..

Best jugak tau guna google translate.
Kalau aku boring2 aku selalu translate bahasa mlayu or english ke bahasa lain.
Memang takde koje btui..!
Pastu, klik button listen.
Dengar camne ejaan bahasa tu disebut.
Suke, suke, suke! Hihihi

Uhh.. I'm sleepy already. Sampai sini je lah aku membebel ea. Tata. NitezzzZZZ



zzz




ZZZZ




ZZZZZZ






Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Inilah gambo kami ke Ipoh sabtu lepas..
Saje gedik2 nak mngedit. Hehe
^^

dari kiri: aku, yana, kautsar



Jom pegi bukit kledang. hehe ;)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Weyh, weyh!! Korang nak tau takkkk...??
Semalam kan aku pegi bukit kledang!
Muahahahahha!
Ade sape2 yang pernah pegi tak?

Bukan takat pegi je, tapi daki bukit tu..
Alah, jalan bertar..
Sonok! Tambah lagi pegi ramai2.
Sume perempuan.
^^
Pagi tu berkumpul dekat petronas utp dulu.
Nak tunggu yang lain- lain.

Aku, Yana, Kautsar, and Munirah tumpang Nisa.
Nisa yang ajak kitorang pegi bukit keledang nih..
Dia pernah pegi dengan ayah dia dulu.
Kali ni kitorang pegi dengan beberapa ahli persatuan Nisa', Parit.
Aku pun tak pernah dengar nama persatuan ni.
Inilah first time aku tau wujudnya persatuan ini.
Sempat bergambar ramai2 kat stesen minyak petronas tu.
Huhuhuhui


Dalam pukul berapa tah kitorang sampai bukit keledang.
Hehe ( aku lupa pakai jam tangan. Nak tengok fon malas)
Mak Nisa yang memandu kereta.
Kat tempat parking tu kan, banyak betui sekumpulan monyet.
Mak Nisa kata risau pulak di curinya makanan yang kitorang bawak.
Huhu

Sebelum daki bukit tu, kami baca doa and stretching lah dulu..
Segan jugak aku sebab ramai yang pegi tu pakai tudung labuh.
T-shirt labuh.
Aku ni, biase2 je. Tudung pun tudung biase je.
Takpelah.. Jadi diri sendiri sudehhhh. kan? =)

Masa sampai tu pun, ramai orang Cina dah turun..
Kitorang ni yang baru sampai. Haha

Nasib baiklah jalannya bertar.huhuhui.
Tapi, PENAT ooooooo nak mendakinye even jalan bertar....
Baru jalan naik sikit dah rase kepenatan tu,
Nampak sangat aku dah lame tak exercise kan?
Heh,sedar tak pe. Hohoho.

Dah agak tinggi tu kan, terserempak dengan geng melayu..
Opah(dia yg gelarkan dirinye opah) tu siap bagi bendera lagi kat kitorang. Hihihihik.
Dia kate dia ade banyak lagi bendera tuh.
Lalu, kami pun bergambar lah.
Eksyen lah sikit dengan mengibar bendera tu.
Cewah, cewahhh...
(Aku takde kamera, so takdelah gambar.
Nak guna kamera fon, tak cunlah pulak gambar nnti.Huhuhui)

Then, makan dekat playground.
Subhanallah, punye lah tingginye!!!
Kami ikut jalan short cut. Kene lah panjat tangga tanah
T_T
Mula2 aku tanak. Tapi Yana and Kausar pown nak ikut jalan dekat tu,
so aku follow je lah.Nisa kate dia pun penah lalu situ.
Allah je yang tau betapa takutnye aku + Penat yg amat!!

Tapi, bile dah sampai playground, sonok gile!!
Angin sepoi2 bahasa, udara segar, dapat tengok pemandangan yang indah dari atas tu.
Nampak rumah2 taman perumahan kat bawah tu kecik je.
Macam semut .
SubhanAllahhhh... Memang cantik lah! ;DD

Kami makan kat playground tu.
Pastu, sempat jugak berkenalan..
Dapat lagi kenalan baru. Eheee..
Antaranya:
Kak min, Kak ina, Kak lina.
Yang sebaya aku and geng is : farah, wawa.
Yang muda dari kitorang: adik farah(aku tak ingat namanye.huhu), khairina(adik nisa), ain,
syafa.

Err..ade ke nama2 yang aku lupa??
Aku nih pun bukannya senang nak hafal and ingat nama2 orang ni =,=
Tapi memang sonokkkk sangat! ;DD
Lepas makan, kemas2. Pastu, ape lagi.
Baliklahhh!! hee.

Masa turun tu, rase kejap je..!
Tiba2 je : Eh2, dah sampai bawah??

Balik2 umah je, terus baring.
Lepas solat, terus terlena di katil.
Perut pun sudah kenyang. Ngeee

Tapi,
Hari ni.......


.
.
.
.
.
.
.
.


Kaki aku sakit weyhhhhh!!!!(seperti ape yang ayah aku jangka semalam)
Semalam punyalah semangat waja mengalahkan superman.
Hari ni??
Errrr.....
Tapi penat2 pun aku tido lambat jugak semalam. Huhuhui.
And, sorilah Zariff. Aku tak perasan mesej ko semalam. Penat sangatlah katekan...
hehe. =P

Ya Allah, thank you for giving me a very fantastic day yesterday.

Okesh, sekarang masa korang patut bersyukur sebab aku dah tak larat nak taip.
Tu pun kalau korang baca la kan....
Papai alllszzzz =))


p/s: first time kot aku daki bukit. Hehe. And, sori takde gambar untuk cuci mata korang ;)


jalan jalan ke ipoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Yup! Aku gi jalan jalan ke Ipoh je..
Alah..Ipoh, Perak =)

Pegi dengan Yana, Faiz(adik yana), Kautsar, Madihah(adik kautsar).
Aku je yang solo. Adik aku sorang pun tak nak ikut.
Kitorang pergi Ipoh Parade. Hoho
Penat jalan kat Parade tu weyh..
Besau tempatnye! heh
Sorilah.. Aku agak jakun sikit. Hehe =P
Lepas satu, satu kedai kitorang terjah.
Kat kedai CD, menggila tengok CD lagu & cerita korea.
Yana ngan Kautsar beli lah CD tu.
Aku tak. Teringin jugak nak beli.
Tapi pikir2, aku nak pasang kat mane CD tu?
Takkan dalam kereta kot?
Marah la ayah aku nanti.. Huhuhui

Pegi kedai buku Popular lah..
( Tapi orang yang pegi situ tak popular pown.. Wahahha)
Kami beli komik. Ngeee!
Faiz beli buku soalan PMR.
Yela, dia nak exam tahun ni.

Aku paling suka key chain!
;DDDD


Takde lah sebijik macam kat atas tu..
Sebab keychain yang aku beli ni untuk fon and ade tali.

Kitorang sampai umah pukul 6.30 ptg.
Nasib baik ambik bas pukul 4.30 lebih kurang.
Kalau tak, mau nye pukul 7 smpai rumah.
Errrrr. PENATTTTT!!!!!
But its such a wonderful day.
Hang out with friends ^^

Harap korang semua pun alami hari yang indah jugak =)

hari yang indah, alhamdulillah syukur kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini aku rasa seronok sangat!
;D

Pagi tadi join usrah kat rumah aimi.
Semua sekali ada 7 orang lah termasuk aku.

Mula2 masuk rumah Siti Aimi tu, segan la sebab tiba2 tengok dah ramai.
Aku terlewat sikit sebab sidai kain. Huhuhui
Yang paling best nye, aku dapat 2 orang lagi kawan baru ^^
Namenye Izzah. sorang lagi Aimi Liyana.
Dorang berdua pun duduk kat taman ni jugak..Huhu.
Baru aku tau..
Kengkawan yang join usrah ni lagi ialah : Khairunnisa, Syafikah and Farhana.

Pertama sekali semua kene perkenalkan diri..
Segan jugak aku time tu. hehe.
Tapi sume perempuan. Nak malu ape kan.

Surah al-Mulk jadi pilihan kami.
Mula2 sorang demi sorang bace 5 ayat.
Lepas tu, bace pulak terjemahan ayat2 tersebut..
Then, Nisa terangkan lagi tentang maksud ayat2 tu.
Dia jugak terangkan pada kitorang tentang kelebihan membaca surah al-Mulk.
Antara kelebihan2 surah ni :

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”


Pastu, kitorang berbincang tentang perubahan dari baik ke buruk

dan dari buruk ke baik.

Sebagai manusia, sememangnya kita ni takkan terlepas dari perubahan.

Yang penting, kita kena selalu mintak agar Allah sentiasa beri hidayah pada kita.

Sebab, hidayah yang diberi bila2 mase je Allah boleh tarik balik.

Alhamdulillah, banyak lah ilmu yang kitorang dapat tadi.

Ramai2 memang best. =D


Dalam pukul 9.30 pagi habislah usrah tadi.

Nisa balik awal.

Kami yang lain2 ni masih bermalas- malasan di rumah aimi.hehe.

Paling banyak dorang cite pasal camne dorang amik lesen.

Ada yang dah test JPJ semalam and lulus lesen P.

Aku yang tak amik lesen ni, suka dengar cite dorang tu.

Lawak ada, serius pun ada.. Haha

Memang happy lah tadi ^_^

And, lots of laughing also!

Semuanya memang otak gila2 lah! ;DD


I have a very fantastic day today.

I enjoy it very much. Syukur tak terkata. Alhamdulillah =)


guna google chrome memang lagi cantik..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Petang tadi aku lepak-king kat taman permainan, chatting dengan Yana atas buaian.
Macam2 lah topik kitorang debatkan serta berbincang. Cewahh, macamlah cakap pasal masalah negara kan yana... Maklumlah dah lama tak bertemu..

Then, Yana tanye aku.
"Ko guna google chrome ke?"
Aku jawab : A'ah.
Yana kata dia pun guna google chrome jugak.
Tadi dia bukak blog dia guna internet explorer( i.e).
Dia view blog dia, nampak lain macam.
Memang tah pape lah dia kata.

So, tadi pun aku try lah bukak blog aku ni guna i.e.
Memang jadi lain macam =="
Trutama shoutbox aku tu a.k.a 'gossip box'.
It should be hiding kat tepi dinding blog tu, tapi
muncul di ruangan gadget pulak..

Nasihat aku, gunalah google chrome..
hehe.



Alhamdulillah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah, aku syukur sangat pada Allah..
Sebab pertama : Aku dah kenyang makan nasi dengan lauk ayam masak tom yam.. hehe.
Seeeedap.. Tak caya, meh datang rumah. Haha

Sebab kedua : Hari ni tak kedengaran ketung- ketang orang pasak tiang kat tanah lot sebelah
rumah aku ni hah. Kawasan perumahan aku ni tanah lot. So, tak de lah buat rumah siap
sume sekali dalam satu masa. Ade tanah yang terbiar je dipenuhi semak samun.
Entah bila lah tuan tanah tu nak buat rumah..
Harap2, rumah sebelah aku ni nanti dua tingkat. Reduplah rumah aku ni nanti.
Takde lah panas.. Hahaha.

Heh, suke hati je aku ni kan..?
Lantak lah tuan tanah tu nak buat rumah berapa tingkat ke, takde tingkat ke
Suka hati dialah.. Haishh! >.<

okeh.ceria2 selalu ^^

hari ke 3 di rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Pukul 6.30 pagi, mama dah suruh aku kupas bawang, masak tom yam. Mama bagi arahan je. Aku masukkan bahan2. Sedap jugak tom yam yang aku masak ni... Haha. So perasan. tom yam tu jadi sedap sebab mama touch-up sikit.. Kalau mama tak touch-up, nauzubillah.. Rasenye tak taulah rase ape.. Huhuhui

Pukul 8 pagi tadi, main badminton dengan aimi, munirah and khairunnisa. Munirah aku dah jumpa masa pegi kedai semalam. Dia jaga kedai. Yana tak dapat datang. Imah, pun tak muncul2 so kitorang main berempat.. Cun2 je beregu.. ehee..

Tapi tak lama kami main sebab hujan. So, kami pun lepak lah dalam rumah aimi. Dia buat air oren. Sedap, cukup rasa. =)
Kucing dia sume nye kiut miut! :DD
gebu pulak tu. Geram aku. ^^

Balik tu, lapar lah pulak. Adeyhhh...
Ape lagi, melantak lah tom yam tu! Hoho.

p/s : kat rumah aku ade rabbit. Tak tau lah sape punye rabbit. Jinak yang amat. rabbit2 tu makan rumput kat rumah aku je. Sedap sangat kot rumput kat rumah aku ni. Hehe


Aku balik rumah esok!!! ;DD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Yeayyy!! Aku balik ke rumahku syurgaku esok... Hahahahaa. Sukenyeeee! ^^
Tapi, risau jugak tinggalkan atok ngan opah ni..
Nanti ocik ngan Pak Cik pegi kerja, tak de sape nak tengok2 kan dorang.
Aku harap nanti semuanya baik2 je..
Lagipun, opah tak sakit pape.
Atok boleh jalan walaupun perlahan-lahan..
Tapi, manelah kite tau kan malang tak berbau..
Kalau tak, dah lama boleh hidu.

Esok tak pasti lah balik pukul berapa.
Mama kejap kata nak balik pagi, kejap kata nak balik petang.
Haishh.. Pening aku..
Takpelah. Asalkan balik.. Eheee.

Okeyhhh. Papai. ^^

pemain bola sepak burung hantu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Just want to share..
Aku tak kenal pun pemain bola ni.
Tapi aku sangat tak suka dengan tindakan dia.
Apa salahnya kalau dia letak je owl tu kat tepi instead of kicking the owl?

where did he put his brain?? =="
tak lama lepas tu, owl ni mati..
Aku rase kesian sangat kat owl ni. Haiwan ni tak salah pape pun..
Kalau tak silap aku pemain bola ni dikenakan saman sebanyak 500 dolar..
Bagi aku la, sikit sangat saman tu =,=


penat mengalahkan orang yang buat kerja buruh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni appointment opah aku dengan doktor entah yang ke berapa kali nye..
Sekarang dah lebih kurang sebulan selepas operation mata opah aku.

Aku dah kunci alarm siap2 pukul 5.45 pagi,
tapi pukul 6.15 baru bangun! We have to go at 6.30.
Kelam kabut lah aku mandi ape sume..
Mandi pun x sampai 5 minit (masa yang paling sekejap aku pernah berada dlm bilik air).
Cam mana tah tak perasan alarm tu bunyi. Padahal
semalam aku tido pukul 11.. Standard lah kan..huhu

Alhamdulillah kat hospital kali ni orang tak ramai sangat.
Around 9.45, angka giliran opah di panggil..
Doktor kate opah no problem. Sume oke.
Her next appointment is next month.
Pukul 11 lebih kitorang balik...


Lepas masak sayur, masak nasi ( lauk ocik masak )
aku rehat2 jap.. Rileks2 kejap.. ( Relax ar bebb!! hoho)
Pukul 2 aku tido. Pukul 5.30 petang aku terjaga.
Padahal aku dah siap2 kunci alarm pukul 3.30..
Hampeshhh betuiiii..
Penat yang amatnye mengalahkan orang kerja buruh.





HELLO AUGUST!

Assalamualaikum and good day Welcom august; the independence day month; and also my birthday month! On 17th :3  Alright, so I went to...