Monday, February 14, 2011

pergi hospital

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bukan aku la yang sakit. Opah aku. Last week dia operate mata, so ari ni doktor nak check la.
Subuh-subuh buta tuh aku dah bangun. Dah la terbangun pukul 4, pastu tak boleh tido pulak.. Patutnye aku bangun pukul 5.15 pagi. Dah siap2 set alarm dah.

Pukul 6.30 pagi aku ngan opah bertolak ke hospital. Pak Lang bawak. Pastu, dia terus pegi keje. Mak Long tak datang lagi. Dia suruh aku ambik nombor dulu. Orang nye ramai yang amat.. So, aku kene pandai2 sendiri pegi amik nombor pe sume. Serius, aku blur! Tak pernah aku sorang2 handle. Dah la ada sejarah aku tersilap amik nombor untuk opah masa kat poliklinik Shah Alam tu. Trauma aku aih..

So, dengan keberanian yang amat tipis aku pun pergi la ke menara utama kat hospital tu.. Mak Long tersilap bagi tau menara timur. Jadi, pak lang anta aku n opah ke menara timur. Tu yang kitorang kene berjalan ke menara utama. Nasib baik ade pak guard tu. Dia la yang bagi tau.
Mase tu kan.. Aku rase kan.. NAK NANGIS JE!!!! Nasib baik opah ada.. Even opah tak tau pape tapi ada la orang yang buat aku kuat.. Takut silap...

Memang dalam kepala otak aku, macam2 aku pikir.. Akhirnya, nasib baik la betul. Tak silap. Mak Long datang dalam pukul 9.30 pagi camtu la... Lega gila aku. Then, tunggu angka giliran opah. Punye la lamenye! sempat tido kot.. Tension tol. Padahal kitorang awal. Tapi orang yang lambat sikit dapat cepat je. Huhhh..

Akhirnya, dekat2 tengah hari camtu baru la angka giliran opah muncul. Heh.
Doktor yang check opah tuh pun nampak penat. Sebab ramai orang. Doktornye doktor india muslim, perempuan.. Dia speaking fluent gile! Susah aku nak paham. Dah la lame gile tak speaking english nih! adoi...huhu. Muke aku blur je. Dia pun perasan aku nmpak blur je, so dia terang la balik. laju jugak penerangannya =,=

Doktor tu kate lagi dua minggu jmpe lek. Aku check kad janji temu tuh. TAKDE TARIKH! Aku ingatkan doktor tu yang tulis tarikh. Dia pulak tak cakap pape pun. So, Mak long gi tanye kat kaunter tu. Opah dah bising bising nak balik. tension nye.... Pak cik mat pun dah sampai nak amik kitorang.Pak cik mat kata lepas jumpe doktor memang kena pergi kaunter tu. Kat situ la dapatkan tarikhnye..

Penat sangat.. Balik tu, lepas sapu ubat kat opah, bagi atok makan, solat, terus aku tdo. Letih.
Petang ocik bawak pegi makan McDonald. hehe ^_^

No comments: